feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)


Alhamdulillah, segala pujian-pujian hanya kepada yang empunya dunia dan seluruh alam, sudah tentulah Tuhan yang maha Esa dan maha Kuasa Allah SWT, selawat serta salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabat Baginda yang telah menggabungkan dan mewakafkan diri mereka demi memperjuangkan Islam di muka bumi ini.

Alhamdulillah, Fenomena GMS telah berlaku di bumi KUIS dan ia telah menyedarkan dan membangkitkan Mahasiswa KUIS. Cerita pasal Himpunan Perdana Mahasiswa KUIS HIMSIS) semalam, UA berpandangan antara faktor utama kehadiran yang memberansangkan pada HIMSIS semalam adalah disebabkan fanomena GMS. Realiti hari ini, wujud pandangan Pro dan Kontra kepada GMS. Apapun itu adalah hak dan penilaian masing-masing, cuma UA mengharap agar kita terlebih menilai dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat sasuatu keputusan. Janganlah kita menjadi Mahasiswa yang tidak ada pendirian atau menjadi pak turut, lidah dan telinga kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh penggerak GMS, terutamanya Presiden Sdr. Ahmad Syafiq Akmal bin Ahmad Kamil yang begitu berani, sabar dan optimis dengan perjuangan GMS. Pendirian UA dalam hal ini, UA bersama GMS. Mengikut bukan kerana pak turut atau membabi buta tetapi setelah menilai dan mengkaji matlamat dan gerak kerja GMS. Matlamat utama GMS adalah untuk menurunkan yuran KUIS. Tahniah dan syabas juga kepada adindaku Sdr. Akram Ikrami yang menjadi salah seorang pendokong GMS dalam masa yang sama selaku Timbalan Presiden MPM KUIS. UA yakin beliau seorang yang profesional dan tabah. Teruskan perjuangan, Bro. UA yakin dirimu bertindak mengikut prinsip hidupmu bukan sebab dipengaruhi oleh gerakan GMS. Soal dirimu membelakangkan MPM, itu DIA yang lebih mengetahui. Anta adalah Anta, Anta lebih tahu apa yang terbaik buat Anta. Terus menjadi diri sendiri. Allah bersama orang-orang yang sabar.

Setiap penyakit ada ubatnya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. UA yakin seluruh mahasiswa KUIS menyokong isu ini. Ada melihat tindakan GMS sebelum ini seolah-olah seperti satu jenayah besar, sehinggakan ada pandangan ia telah memburukkan nama baik KUIS di mata masyarakat, sejauh mana kebenaran ? perkara yang menyedihkan pula ada mahasiswa KUIS yang mudah menghukum tindakan GMS adalah tergesa-gesa tanpa ada kajian terlebih dahulu. Seperkara lagi, kebebasan berfikir dan bersuara mahasiswa KUIS semakin hari semakin disekat lebih-lebih lagi mutakhir ini.

UA mengajak kita semua melihat isu dan fenomena GMS dalam konteks yang lebih besar, kebangkitan dan kesedaran Mahasiswa semakin kelihatan. KUIS kearah cemerlang Pensyarah, Kemudahan dan Mahasiswa. UA melihat mungkin, dari sudut pensyarah dan kemudahan kampus KUIS semakin 'Gah' dan ke arah kecemerlangan. Tetapi dari sudut mahasiswanya UA melihat masih tidak memuaskan, yang mana mahasiswa KUIS masih tidak diberi kebebasan bersuara malahan diugut dan cuba didoktrin agar tidak terlibat dengan mana-mana gerakan yang memperjuangkan hak dan kebajikan mereka. Setengah pensyarah pula, menjadikan kelas bukan sebagai tempat mereka mengajar dan mendidik anak bangsa tetapi sebagai wadah untuk mereka menyatakan ketidaksenangan mereka kepada GMS dan menyeru pelajar mereka agar tidak menyokong gerakan. Keadaan ini amat menyedihkan UA, keadaan ini sebenarnya menyekat suara dan kebangkita mahasiswa.

Sudah tiba masanya, seluruh mahasiswa bersatu hati, pemikiran dan tindakan dalam isu memperjuangkan yuran turun di KUIS. Kepada mahasiswa yang masih belum ada pendirian, buatlah kajian berdasarkan disiplin ilmu yang ada dan jadilah mahasiswa yang berpendirian teguh. Kepada mahasiswa yang menjadi pak turut dan lidah kepada pihak tertentu, janganlah dengan mudah menjual maruah dan prinsip hidup dengan harga yang murah. Kepada mahasiswa yang ada kesedaran tetapi tidak berani bersuara, binalah keberanian kerana kampus adalah lapangan untuk kita 'bersepak terajang' sebelum kita masuk ke dalam masyarakat yang lebih mencabar. Yakinlah, kehidupan kampus adalah gambaran kehidupan kita selepas ini. Kepada seluruh pendokong dan penyokong GMS, yakinlah Allah SWT bersama kita, DIA yang maha berKuasa, yang memegang hati-hati seluruh makhluknya tanpa mengira jawatan Perdana Menteri ka, Menteri Besar, Rektor, Timbalan Rektor, Dekan ka, Ketua Jabatan atau mahasiswa sendiri. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Yakinlah, kebenaran pasti akan mengatasi suara-suara yang menentang kebenaran.

Akhirnya, UA berharap agar seluruh mahasiswa KUIS khasnya dan warga KUIS amnya. janganlah kita mudah menghukum dengan tindakan GMS, janganlah kita menjadi pak turut pihak tertentu dan janganlah kita takut dengan ugutan mereka. Hidup, mati dan rezeki adalah ketentuan Allah SWT. Apabila kita berani, pihak yang lain akan takut dan begitu jugalah sebaliknya. Kebenaran tetap Kebenaran. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT. Demi melihat Dakwah dan Tarbiah Islamiyah terus mendominasi kampus KUIS, GMS akan terus berjuang dan bergerak dengan prinsip perjuangan yang ada iaitu "Bekerja untuk Islam kerana ALLAH".

GMS - Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa -

Magsukul Ma Tuhan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda yang mulia.

Rata Penuh Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun begitu pantas meninggalkan kita. Siapakah MASA ???, Allah bersumpah demi masa di dalam kitab-Nya yang mulia. persoalannya adakah kita telah mendominasi masa atau masa yang mendominasi kita ?, itu sebagai mukaddimah tulisan UA kali ini.


Wahai diri, kini kita telah pun berada di fasa kedua bulan Ramadhan iaitu fasa 'Maghfirah' keampunan daripada Allah, mungkin pada fasa yang pertama kita telah terlepas banyak peluang, ruang dan masa. masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kesilapan lalu. Ya Allah, pimpinlah kehidupanku dan izinkanlah dua biji mata ini mengalirkan air mata keinsafan atas dosa-dosa yang lalu. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Ampunilah wahai Tuhanku yang Maha Berkuasa dan Maha Esa. Esok, 01 September 2009, bermula peperiksaan akhir semester bagi seluruh mahasiswa KUIS. UA yakin debaran semakin dirasai. Ada yang telah bersedia menghadapinya, ada yang masih ragu-ragu dengan persediaannya dan ada juga yang masih belum bersedia. Apapun, usaha tangga kejayaan. Man Jadda Wajada. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Pelbagai lagi kata-kata mutiara dan motivasi yang mungkin mula kita ingati. bersempena exam ini. Pada UA, kesedaran diri sendiri amat penting, semuanya bermula dengan diri sendiri.

Alhamdulillah, seperti biasa seluruh warga KUIS pada bulan Ramadhan akan tertumpu kepada Masjid Al-Azhar KUIS (HATI KUIS), pelbagai program telah disusun dalam program Ihya' Ramadhan. Pada 26 Ogos yang lepas, UA sempat mengikuti perjumpaan Hala Tuju Dakwah anjuran AMAR MPM KUIS, antara agendanya ialah program menghidupkan Ramadhan. Semua pimpinan mahasiswa KUIS yang terlibat bersepakat untuk menjayakan keseluruhan program yang telah diatur dan kebanyakan program yang diadakan berpusat di Masjid Al-Azhar. Itu cerita yang umum, dikesempatan ini, UA pun nak gak meluah apa yang boleh diluah. Semalam dah selesai Program Ceramah Motivasi dan Majlis Berbuka Puasa persatuan anak negeri UA iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB). UA selaku timbalan Pengarah, terasa lama tidak mengendalikan program, agak kelam kabut juga pada mulanya. Tetapi Alhamdulillah atas kerjasama Pengerusi PERMIB, Sdr. Mohd Afizie, Pengarah Zaidi dan Timbalan Pengarah 2 Hanisah serta yang lain program berjalan dengan baik. Pasal akademik pula, Alhamdulillah, semua baik cuma subjek Bahasa Ibunda (BI) yang ada masalah dengan hafazan, hafazan dah pasti Gagal. Ndak ada menghafal dan ndak masuk kelas pun sampai sakarang. BI pula, masih dalam proses pertimbangan sama ada diberi peluang atau ndak. Tunggu jaklah, mudah-mudahan diberi peluanglah kan. Program UA semester ni jaklah ada BI. Ni first Degree UA, boleh dikatakan UA belum jumpa 'TIUN" belajar lagi sampai sekarang ni, macam manalah kalau begitu ? macam biasalah bah Jo. Ndak bah, tidak boleh tidak UA kena susun strategik juga untuk exam kali ini. Alhamdulillah Tuhan bagi kelebihan dalam diri UA iaitu semasa UA belajar sungguh-sungguh dan fokus sepenuhnya dengan izin-Nya sekejap jak masuk dan faham, terutamanya kalau subjek yang menggunakan Bahasa Arab. UA pun sudah azam, semester ni walau apapun yang berlaku pointer UA kena 3.50 ke atas juga. Macam mana ianya boleh berlaku ? yang ni hanya UA dan Tuhan sahaja yang tahu. Hasilnya boleh tengok semester akan datang. Ok bah kan Jo.

Cerita pasal tiket balik kampung pula, pada awalnya UA nak balik kampung selepas raya. Tetapi setelah fikir balik antara balik kampung selepas raya dengan harga tiket yang murah dan balik sebelum raya dengan harga tiket yang mahal yang mana pilihan tepat, maka UA pilih balik sebelum raya dengan harga tiket yang mahal. Sebab mahal bukan apa Jo, beli baru-baru ni juga kalau tempah awal-awal dulu boleh murah. Tapi ndak apa perkara dah berlaku, muktamadnya Insyaallah UA akan balik kampung Sabah Darul Hidayah pada 19 September, penerbangan dari LCCT pukul 14.10 Petang dan tiba pukul 16.30 di Kota Kinabalu. Kiranya UA bertakbir dalam Bus Express KK ke Lahad Datu. Ndak apa bah yang penting pagi raya dapat beraya dengan keluarga di kampung, dapat beraya dengan 'keluarga baharu' dan dapat ziarah pusara Bapa. Insyaallah semoga semuanya berjalan lancar. Semangat balik kampung sudah penuh, cuma semangat peperiksaan masih belum penuh, lagu mana ini bah ? UA kenal diri UA, kemampuan UA dan kelebihan UA. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku Ya Allah. Lembutkanlah hatiku mengingatiMU, permudahkanlah hafalan dan ulangkaji pelajaranku. Ya Allah, aku memohon kepadaMU pimpinlah kehidupanku sehingga nafasku yang terakhir. "Rabbana Zholamna Anfusana Wa Illam Tagfirlana Wa Tarhamna Lanakunanna Minal Khosirin". "La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inna Kunna Minaz Zholimin".

Selamat Maju Jaya wahai diri dalam Peperiksaan Akhir Semester dan Ramadhan kali ini. Hidup Bersama Ilahi..... ;-)